Piagam Anderson
Kami, Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Dengan Penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk.
|
|
Memberi layanan dan peluang yang sama kepada semua pelajar yang dihantar ke sekolah ini untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang. |
|
|
Membimbing dan mendidik untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan beramal. |
|
|
Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak semasa individu, masyarakat dan negara. |
|
|
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu. |
|
|
Menyediakan dan menguruskan program-program pembangunan bakat, minat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. |
|
|
Menentukan urusan kebajikan pelajar-pelajar diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan serta menentukan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar terjamin dan diambil berat berteraskan perkhidmatan penyayang. |
|
|
Mewujudkan Jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik. Menentukan urusan kewangan sekolah sedia untik diaudit pada akhir bulan Januari bagi tahun berikutnya, hal-hal mengenai gaji dan perkhidmatan staf diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan. |
|
|
Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisplin, produktif, inovatif, kreatif dan bertanggungjawab. |
|
|
Memastikan perhubungan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibubapa, bekas pelajar, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain yang dapat menyumbang dan memajukan sekolah |
Where am I?
You’re currently at “Piagam Anderson,” a page on Andersonian.NET
-
Meta
-
Widget #3
Drag and Drop Widgets Here!
-
Widget #4
Drag and Drop Widgets Here!
-
Widget #5
Drag and Drop Widgets Here!

